prosedur kahwin 👰

          assalammualaikum 💕💕

yaa . AGAIN ! sekian lama tak mengupdate. actually tak busy mana pon . cuma biasalah macam tak kenal si pemalas nur izzati ni . HAHA 😆

so habis exam 15/3/2019 haritu terus proceed untuk focus preparation untuk kahwin sebab banyak benda tak settle lagi. checklist masih berjela belum di"✅" 


lagipun memang waktu exam tu dah janji dengan diri sendiri nak fokus exam . taknak benda lain serabutkan kepala . Actually fikir pasal kahwin tak serabut pon , every moment tu kena enjoy . ada dugaan ? solve it . bincang . try cari penyelesaian terbaik . tu je 😇😇

so ... harini zati taknak cerita pasal personal pon . nak cerita pasal prosedur kahwin je . HAHA . sekaligus buat kenang kenangan zati lah ofcourse . 
.
.
.

so benda first kalau rasa taknak tertinggal apa-apa , tolong download checklist dari sini👰 sangat-sangat useful. zati pon guna tu je . sebab tak dan aih nak senaraikan satu satu . yang kita tak buat tu just potong je . 


macam ni rupa die nanti . cantik kan ? tinggal nak print je . korang pon tak serabut sangat . 

so bila dah ada checklist takde lah menggelabah sangat. kalau zati , zati memang perlukan checklist sebab iolss memang pelupa yaa amat. 😝😝

okay settle checklist ✅

next 📝

tak kisah lah dah rancang nak kahwin ke belum , jangan lupa ambil kursus kahwin . WAJIB . kalau dekat KUIS dia memang dah deal dengan JAIS setiap sem dia akan buat satu kursus kahwin n wajib okay . kalau tak , nanti gagal usrah . hahaha . tak boleh grad . 

sebenarnye bagus jugak dia buat macam tu 😂😂 tpi malangnye iolss amik dekat luar . kalau dalam kuis dia charge RM80 , haritu zati ambil dekat bahau pon RM80 jugak , takde beza pon . cume ade certain tempat dah up sikit jadi 100 lebih macam tu . bakal zauj pon ambil dekat senawang RM80 jugak . so tip dia , duduk lah negeri sembilan . 😆😆😙 k jk . 

ambil je dekat mane-mane . asalkan wajib ambil !!
.
.
.
okay settle kursus kahwin ✅
next 📝

permohonan kebenaran untuk bernikah 

okay yang ni kena bergantung pada negeri memasing , zati negeri sembilan , bakal zauj pon dalam negeri yang sama cuma lain qaryah je . untuk permohonan ni , yang banyak nak kena buat keje bakal zauj je , sebab dia yang kena buat permohonan , dalam permohonan tu ada sekali maklumat pasal pasangan , so jangan lupa waktu isi tu pastikan ada malumat pasal :

wali (nama , ic , alamat)
tarikh nikah ibu bapa 
pasangan (nama ,ic,alamat)
qaryah

ha yang ni memang wajib kena tahu , taktahu memang tak boleh isi . HAHA . btw takkan lah maklumat pasal pasangan pon taktahu . berapa tahun dah korang bercinta ? 😏😏

k jk . 

lepas dah settle 

nanti akan masuk dalam email pasangan tu , zati ada screenshot haritu cuma tak sempat nak backup phone haritu . dia dah mampus . 😅😅 yang penting memang akan masuk . so tinggal print je . 

yang zati punye , fully bakal zauj yang tolong buatkan , sebab dia tahu iolss pemalas . HAHAHAH . takdelah , zati lemah sikit bab urus borang ni , so memang dia tolong kepilkan semua , zati just bagi apa yang dia nak , contoh macam salinan i/c semua tu kena ada tau . nak bakal zauj tolong buatkan so jangan lah menyusahkan dia dengan lembap sangat nak bagi maklumat . boleh bawak gaduh tau tak . 

.
.
.
settle permohonan ✅
next 📝

 boleh lah start buat HIV test dekat mana-mana klinik . kalau klinik kerajaan caj RM1 je , nanti cakap dekat kaunter nak buat HIV test . btw jangan lupa bawak borang yang dah print tu , sebab kat situ doktor kena sign . 

.
.

dah settle hiv bawak jumpe imam pulak , nak buktikan status dara/bujang/duda/janda . takde benda sangat tu , bawak mak ayah kasi diorang je yang berborak. 😜

.
.
 dah settle semua ? 
next , okay ni kena start dengan bakal zauj dulu , dia kena hantar borang pegi PAID (pejabat agama islam daerah) untuk dapat sign jugak . haritu bakal zauj zati kate tempoh dia dalam 3 hari bekerja macam tu . so nanti dah siap tu boleh lah hantar pegi dekat bakal zaujah 😇😇

so bakal zaujah lepas dah settle semua dengan imam , hantar borang yg bakal zauj dan awak punye sendiri pegi PAID jugak, bergantung pada kawasan awak sendiri . 😇😇

dah settle , senang kan kahwin ? 😆😅

tu je kot , yang lain banyak preparation personal je , itu zati share nanti lah kot . hehe . walaupun i tahu blog i dah tak ramai readers , tapi .... nak jugak cerita . sebab nanti waktu lapang zati , zati boleh baca sendiri , mana tau nanti dah beranak pinak pastu cam rindu waktu first first kahwin , boleh baca blog . HAHAHAHA . ade kena mengena tak ? 😆😆😆😆

btw haritu zati nak makeover bilik , tpi tak boleh lagi sebab , pitis takde . hahahhaahah . tpi katil semua dah tukar . yaa bilik pengantin uolls . kena lah berseri sikit . 😅😅😅

k dah tu je , selamatt membaca dan selamat berkahwin . hehe . loveyouolls 💟💟💟💟



No comments:

Post a Comment